Minum Air BerKlorin Boleh Menyebabkan Kanser ....

CHLORINATED WATER CAUSES CANCER

Chlorinated water linked to rectal and bladder cancers

The straits times, Thursday, July 2, 1992

WASHINGTON-Chlorine, the chemical used to purify most of the US water supply, produced chemical by-products that caused a significant number of cases of rectal and bladder cancers each year, medical researchers said on Tuesday.

At least 18 per cent of rectal cancers (about 6,500 cases a year), and 9 per cent of bladder cancers (about 4,200 cases a year), could be linked to drinking, bathing and showering in chlorinated water, they wrote in the American Journal of Public Health.

It has been known since 1974 that chlorine combines with other organic compounds in water to form dangerous chemicals, among them is chloroform. Several studies have implicated these by-products as causes of cancer.

Dr. Robert Morris and colleagues reached their conclusions after examining 10 previous studies on the cancers-causing ability of chlorinated water.

Dr. Morris cited "... there is a clear pattern between consumption of chlorinated water with rectal and bladder cancers." The study was conducted at the Medical College of Wisconsin, where he is an epidemiologist, and at the Harvard School of Public Health.

Public water supplies depend on chlorine to kill disease-causing bacteria and to keep it pure in storage tanks and pipes. About 3/4 of the water supply in the US is chlorinated. However, the authors and other experts stressed that the new study should not lead to stopping chlorination.

"The potential health risks of microbial contamination of drinking water greatly exceed the risks of cancer", the author said.


So ... apa penyelesaiannya.... Belilah Penapis air yang boleh menapis klorin.... Penapis Air mahal harganya....... Tak ada duit.... So.....Belilah Penapis Air Imtiyaaz..... Berkualiti TETAPI Murah

http://imtiyaaz-ptg.blogspot.com/

BAHAYA PUTING .....

Awas puting bayi!


PENGGUNAAN puting bayi perlu dielakkan sejak peringkat awal lagi.


ADAKAH anak anda menggunakan puting bayi? Jika ya, anda mungkin perlu menghadapi kenyataan yang pahit hasil penemuan terkini bidang perubatan.

Kanak-kanak yang menggunakan puting bayi sebenarnya berisiko tiga kali ganda menghadapi kesukaran bercakap ketika usia mereka menjelang dewasa kelak.

Kajian saintis mendapati kanak-kanak prasekolah yang menggunakan puting bayi sekurang-kurangnya selama tiga tahun lebih cenderung mempunyai kesukaran membuat ucapan berbanding kanak-kanak yang langsung tidak menggunakan alat tersebut.

Penyelidikan tersebut turut membuktikan kanak-kanak yang menghisap jari juga menghadapi risiko lambat bercakap.

Kajian yang dijalankan sebelum ini oleh The American and Chilean adalah bagi mengetahui hubung kait antara tabiat suka menghisap ibu jari, penyusuan ibu dan penggunaan puting bayi bagi menenangkan bayi terhadap 128 orang kanak-kanak yang berumur antara tiga hingga lima tahun.

Mereka juga menggunakan ujian linguistik bagi mengenal pasti tahap normal perkembangan kebolehan bertutur dalam kalangan kanak-kanak tersebut terutama yang melibatkan sebutan dan bunyi huruf.

Menurut ketua penyelidik dari Universiti Washington, Dr. Clarita Barbosa, kanak-kanak yang menghisap jari, ibu jari atau puting bayi untuk tempoh sekurang-kurangnya selama tiga tahun akan mengalami gangguan dari segi perkembangan bahasa dan pertuturan sehingga tiga kali ganda.


BOTOL susu juga berupaya mengganggu perkembangan kanak-kanak.


Berbanding kanak-kanak yang diberi susu ibu sehingga mencecah usia sembilan bulan dan langsung tidak menggunakan botol susu, risiko terhadap mereka amat rendah.

"Hasil ujian ini menjelaskan bahawa lebih lama penggunaan puting bayi, kesukaran untuk bertutur akan semakin meningkat," jelas Barbosa.

Tambahnya, walaupun keputusan ini memerlukan bukti yang lebih mendalam terutama melibatkan jangka masa penyusuan ibu, orang ramai harus melihatnya sebagai langkah berjaga-jaga.

Perdebatan mengenai penggunaan puting bayi tersebut telah lama merunsingkan ibu bapa kerana sesetengah kanak-kanak amat selesa menggunakan puting tersebut bagi menenangkannya.

Doktor gigi bagaimanapun berkata, penggunaan puting bayi pada keadaan tertentu berupaya mengubah pembentukan gigi apabila digunakan terlalu lama.

Kajian itu dilakukan oleh sebuah pasukan dari de Rehabilitacion Club De Leones Cruz del Sur dan Universiti Washington. Ia diterbitkan dalam jurnal BMC Paediatrics.


AMALAN menggunakan puting bayi boleh mengakibatkan gejala kerosakan gigi pada kanak-kanak. - Gambar hiasan


Penggunaan secara berlebihan

Penggunaan puting bayi secara berlebihan, secara salah atau terlalu lama sehingga melangkaui zaman persekolahan boleh membawa kepada masalah mulut dan gigi.

Gejala-gejalanya ialah:

* Gigi beralih posisi - Gigi tertolak ke depan menyebabkan gigi bawah dan atas bahagian depan tidak bertemu dengan baik.

* Kerosakan gigi (bahagian depan) - Berlaku jika puting bayi dicelup ke dalam bahan manis sebelum dihisap.

* Bernafas melalui mulut - Anak anda mungkin akan lebih cenderung untuk bernafas melalui mulut berbanding hidung. Keadaan ini boleh menyebabkan anak mengalami masalah air liur meleleh berpanjangan.

* Masalah pertuturan dan bahasa - Anak anda mungkin tidak dapat menggunakan sepenuhnya pergerakan lidah yang diperlukan untuk menghasilkan semua sebutan dan peluang mereka mungkin lebih tipis untuk menggunakan bunyi bagi tujuan berkomunikasi.

* Menggalakkan anak berhenti menggunakannya - Kebanyakan kanak-kanak berhenti menghisap puting bayi, jari atau ibu jari pada umur antara dua dan empat tahun. Bagaimanapun, menghisapnya terlalu lama melebihi enam atau tujuh tahun (ketika gigi kekal sedang tumbuh) boleh mengakibatkan masalah gigi dan mulut.

Pelajar Sekolah Rendah Positif DADAH - Apa Nak Jadi Dengan Malaysia ni.... Selamatkan ANak2 kita....???

306 murid sekolah rendah positif dadah
Sep 7, 09 1:17pm
Seramai 306 murid di beberapa buah sekolah rendah di negara ini dikesan terlibat dalam penyalahgunaan dadah tahun ini, kata
Ketua Pengarah Agensi Anti Dadah Malaysia (AADK) Datuk Abdul Bakir Zin.

Beliau berkata murid-murid berkenaan dikesan positif dadah hasil ujian air kencing secara proaktif yang dijalankan Unit Pencegahan AADK.

"Di Kelantan kami dapati lebih kurang 60 orang murid sekolah positif dadah. Kami berjaya mengesan mereka melalui Program Intervensi Pelajar yang dilaksanakan dengan Kementerian Pelajaran.

"Program ini dilakukan khusus untuk mengesan secara pro-aktif murid sekolah yang berkemungkinan menjadi penghisap dadah," katanya pada sidang akhbar selepas menandatangani terma rujukan dengan Jabatan Perpaduan Negara dan Integrasi Nasional di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata melalui kerjasama dengan Kementerian Pelajaran, AADK turut menjalankan program susulan bagi memastikan gejala penyalahgunaan dadah di kalangan murid dan pelajar dapat dibendung.

Abdul Bakir bekata Unit Pencegahan AADK turut melakukan pengawasan terhadap pelbagai badan, jabatan dan agensi kerajaan untuk memastikan tiada penyalahgunaan dadah berlaku di kalangan penjawat awam.

"Setakat ini tiada penjawat yang positif dadah yang kami kesan," katanya.

Beliau berkata pihaknya juga akan melakukan pemeriksaan berterusan terhadap pemandu bas sempena musim perayaan ini. BERNAMA

Banyakkan pusat jagaan kanak-kanak - Shahrizat


KUALA LUMPUR 6 Sept. - Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat meminta pihak swasta dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) membantu kerajaan mewujudkan lebih banyak pusat jagaan kanak-kanak di negara ini.

Menterinya, Senator Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil berkata, penubuhan lebih banyak taman bimbingan kanak-kanak (tabika), taman didikan kanak-kanak (tadika) dan taman asuhan kanak-kanak (taska) adalah bagi membantu keluarga-keluarga di Malaysia dalam penjagaan dan pengasuhan kanak-kanak.

Menurutnya, syarikat-syarikat perlu lebih serius dalam menyediakan kemudahan berkenaan kerana negara tidak boleh bergantung kepada pembantu rumah warga asing untuk selama-lamanya.

''Ini juga merupakan peluang ekonomi untuk pakar-pakar dalam bidang pengasuhan kanak-kanak untuk menceburi bidang ini,'' ujarnya dalam satu kenyataan di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika mengulas isu kerajaan Indonesia dilaporkan meminta gaji minimum RM800 sebulan dibayar kepada pembantu-pembantu rumah yang bekerja di Malaysia.

Menurut Shahrizat, semua pihak perlu bekerjasama dalam hal itu kerana kewujudan lebih banyak kemudahan itu akan memudahkan pasangan yang bekerja menguruskan anak-anak mereka.

''Kementerian meminta semua individu memberi bantuan kepada kerajaan kerana kemudahan ini perlu ditambah,'' ujarnya.

Aktiviti Sempena Maulidul Rasul


Perarakan Sempena Maulidul Rasul.


Menikmati Juadah selepas letih berarak....

Alamat Cawangan Taska Tahfiz Gemilang 2009

1. No 39 Taman Mega, Gong Badak, Kuala Terengganu, Terengganu.
2. Lot 10853, Belakang Petronas, Jalan Batu Rakit, Kg Wakaf Tengah,Kuala Terengganu.
3. No 13 Taman Sri Duyong, Seberang Takir, Kuala Terengganu, Terengganu.
4. No 177B Jalan Bukit Losong, Kg Losong Hj Long, Kuala Terengganu, Terengganu.
5. Tingkat 1-B, Banggunan Perpustakaan Masjid Abidin, Kuala Terengganu, Terengganu.
6. No 4, Taman Ehsan 1, Pengadang Baru, Kuala Terengganu, Terengganu.
7. No 260 Blok C1 Taman Safiah Murni, Bukit Payong, Marang, Terengganu.
8. Pt 1954 Taman Indah Bukit Bayas, Kuala Terengganu, Terengganu.
9. No 6965 Jalan Dulang 3, Perumahan Sri Kerteh, Kemaman, Terengganu.
10. No 14 Taman Kuala Berang, Hulu Terengganu, Terengganu.
11. Pt 969 Taman Binaraya, PKINK pasir Tumbuh, Kota Bharu, Kelantan.
12. Pt 525 Taman Saujana Impian, Machang, Kelantan.
13. No 168 A, Taman D' Tijah, Jalan Hj Wan Latif, Jerteh, Terengganu.